Thursday, 9 April 2015

Ujian Kelayakan Calon Guru (ukcg) 2015

Pada 24 Mac 2015, semakan ukcg keluar. Aku excited la kan nak check sebab memang aku berharap sangat hehe. Alhamdulillah dapat. Start dari hari tu aku pun jogging la tiap hari kat stadium sanggup sangat kan haha. Dalam bilik pun aku bersenam gigih kan iols :') Ayah aku la yang paling kuat bagi semangat. Mak aku teman jogging kat stadium sambil selfie.

Setibanya 8 april tarikh aku ujian, aku, abah, ibu, ami pun bertolak la ke IPG Bangi pada pukul 4.45. Awal kan sebab nak sampai sana dalam 2 jam jugak. Sampai dalam pukul 7.15 sarapan ringan je dulu. Sampai sampai terus daftar.

Ukcg ni terbahagi kepada dua bahagian.
Yang pertama ujian bertulis. Kedua ujian kecergasan fizikal. 

Ujian bertulis ni dia akan bagi buku soalan. Ada dua bahagian. Bahagian A ada 120 soalan jawab kat kertas omr ada dua pilihan jawapan je a b wajar tak wajar. Bahagian B 60 soalan. A b c d empat pilihan jawapan. Ujian 45 minit kena jawap pantas takyah la nak tenung soalan lama lama. Average satu soalan 10 saat. Soalan nya macam soalan sahsiah. Contoh : adakah anda terasa sedih sehingga ingin bunuh diri? Ada ke yg jawap benar haha. 

Lepas tu dah habis ujian bertulis, ujian kecergasan fizikal. Kena kumpul dalam dewan nasib baik ada air cond sejuk je.

   Ni masa ni group first dulu kitorang lepak je la kat atas usha usha dulu.

Tunggu punya lama sampai la turn aku. 

Aktiviti :

1. Timbang berat dan ukur ketinggian. 
    Nak dapatkan bmi. Aku mesti la normal full mark kat situ💯
2. Bangkit tubi 5 variasi.
    Yang ni kalau badan korang berat sila berlatih kat rumah. Mula mula baring tangan kena lurus bangun sampai tapak tangan kat lutut. Kedua, cara yang sana tapi siku pulak kat lutut. Ketiga, tangan macam solat tu tapi sampai siku. Keempat, tangan belakang kepala tapak tangan pegang siku bangun mesti sampai duduk. Yang ni banyak yang tak lepas. Kelima, silang tangan kanan kat bahu kiri tangan kiri kat bahu kanan. Susah jugak kalau tak pernah training. 
Kalau tak boleh buat korang akan terkeluar tak boleh la buat bangkit tubi yg lain. 

3. Kilas sisi 
    Yang ni memang epic haha. Nanti ada kadbod tampal kat dinding. Petak sedang sedang je. Kena berdiri tak menghadap benda tu. Dalam 20 cm jarak nya. Caranya kena tunduk jari sentuh lantai kaki boleh bengkok sikit je. Korang kena pegang lantai pastu pusing badan kiri tepuk kadbod tu pegang lantai pusing badan kanan tepuk kadbod tu. Kalau tangan terkeluar kadbod tak dikira. Kena buat sebanyak boleh dalam satu minit. Nak tercabut pinggang pening semua ada. Nak full mark kena dapat 51 dan keatas. Aku dapat 52 hehe. 

4. Lompat kuadran
     Yang ni dia bagi macam bentuk tambah besar kena lompat laju laju. Jangan terpijak garisan nanti tak dikira. 
Yang ni kena dapat 30 kot. Aku dapat 29 nangis tepi langsir pentas. 

5. Lari
    Yang ni paling iols fail haha. Lari ulang alik. Satu lari 20m jauh jugak bagi aku. Dia ada level. Level satu 7 pusingan level dua 8 pusingan. Setiap pusingan 20m mau tak pengsan haha. Dia ada masa pulak tu lambat out la sedih haha. Aku mampu sampai level 3 tepat je. Paling hebat 4.3 kot. Mulai hari ni aku taknak lari dah haha.  


Muka kepenatan. Jom balik
                      

Ok itu sahaja. Dah habis cooling down boleh balik. Dalam pukul 12 dah habis dah. Memang lepas tu sakit kaki belakang semua sakit. Takleh bangun dah aku hari ni haha. Rasa lega dah lepas Alhamdullillah. Sekarang tengah menunggu  keputusan sahaja. Kalau lepas dapat la pergi next step interview. Kalau ada rezeki dapat la. Kalau tak maybe rezeki kat tempat lain.
  
Thanks for reading:) diharapkan dapat membantu budak ipg tahun depan. Jangan baca je buat latihan. Byeeee


6 comments:

  1. Kak rahsia untuk jadi slim cantik cam akak camne?? Mesti hebat kan, lepas senang camtu hebatnya training

    ReplyDelete
  2. U've done your best, adik! Akak doakan adik berjayaaaaaa������

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak aminn semoga kite berjaya sama sama :)

      Delete
  3. mase sit up tu ade orng pegang kaki kite x?

    ReplyDelete
  4. Ukcg tahun ni. Neves taleh bernafas

    ReplyDelete