Pada 4 april lepas, Intesaber telah mengadakan hari anugerah kecermelangan untuk tahun 2014.
Aku kan tingkatan lima kan 2014, so dijemput untuk menerima anugerah pelajar cemerlang spm walaupun keputusan tak la cemerlang mana hehe. Sepanjang aku sekolah ni tak pernah naik pentas lagi ambik hadiah budak cemerlang sebab sbp kan mesti la nak budak straight a je yang naik pentas. Ada la sikit je lagi berpeluang ambik hadiah masatu hadiah mid year exam form 5 satu sampai tiga. Aku dapat nombor lima :')
Berbalik kepada tajuk asal, pagi sabtu tu pun pergi dgn abah. Sampai sampqi daftar kat pendaftaran adik iols pulak yg jaga haha. Bayar rm 70 untuk jubah dan fotografi.
 |
Dengan Syiro. Sasanya aku :') |
Pastu kena beratur nak berarak kan, time tu la selfie apa semua sembang perkembangan hidup setelah 19 tahun tak jumpa hehe.
 |
Adik dorrm, Hanis dan Suaidah yang baik :) Em kenapa specs kau besar sgt dik? hehe |
 |
Geng masa sekolah dulu. CLIQUE. Tapi, nurin, iman, syeerot dan syake takde. Bestfriend aku teha pun takde :( |
 |
Takleh tak pandang camera langsung kekeke |
 |
Suasana kat atas. Budak budak pandai. Kredit foto: Cikgu As |
Lepas dah beratur ni kitorang pun berarak masuk dewan. Meriah jugak la ada silat, kompang tapi aku tak dengar pun haha. Jumpa cikgu cikgu yg ajar dulu.
 |
Ni dah duduk. Kemas je dak perempuanpakai tudung seragam warna nya. Kredit foto: cikgu as |
Dah dengar ucapan persembahan apa semua, tiba la masa ambik hadiah. Masa nak naik tu kan ada banyak kali tunduk, takleh jalan atas carpet apa semua dan yang hebatnya aku jalan atas carpet sampai terlipat carpet tu :') dapat plak, sijil, dgn cd majalah sekolah. So handy :)
Walaupun tak banyak gambar aku. Haa sape suruh tak aktif kan haha
 |
Jubah sama olour dengan baju :') |
 |
Pelajar terbaik. Tahniah azfar. Kau ambik tempat aku ye. takpe takpe |
 |
Dak form 4, hanis, iba dan najah (adik aku) |
Lepas tu sesi fotografi.
 |
Kau buat muka apa tu lin? |
 |
ECLECTIC |
 |
Aku dan adik aku |
 |
Hanis yang bijak. |
 |
Iba yang comel. |
 |
dorm mate yang baik :) anisa dan elisya muah ciked |
 |
Dengan Kak Leha yang sporting |
 |
Qila datang lambat. Ni je gambar yang ada :) budak 11a |
 |
Ni Faris. Laki yang selalu sembang dengan aku. Sape nak kahwin boleh guna khidmat dia untuk photographer dan main gitar. |
Ok itu sahaja. Kesimpulannya, aku happy dapat jumpa kawan kawan, adik adik junior. Walaupun ada yang tak datang takpe lain kali kite jumpa :) dikesempatan ini saya nak mintak maaf kat cikgu cikgu sebab perangai saya yang nakal ni :') berkati lah ilmu yang telah disampaikan. Doakan saya berjaya dunia akhirat. kat sini jugak aku nak ucapkan kepada kawan kawan aku CLIQUE, yang selalu support aku belajar makan mandi gossip sesama. Sayang korang. Tak lupa kawan dorm, kawan batch kawan sekelas, juniors. Kepada hanis yg dah macam kembar aku, paling banyak tolong aku selalu basuh sidai lipat kain sesama. Syampu rambut sesama. Semua la sama sama. Masa spm ironkan baju aku. Baik sangat. Semoga satu hari nanti, Allah balas kebaikan anda :) love you guys to infinity.
No comments:
Post a Comment