Wednesday, 6 May 2015

Temuduga IPG 2015


Assalamualaikum.

Lama tak update hehe.
Ok la straight to the point, isnin minggu lepas yakni 27 April 2015 aku pergi temuduga ipg dekat bangi.
Cuak la kan apa semua so aku dgn family aku pergi dalam pukul 5 pagi. 
Terlupa pakai mascara apa semua sebab rushing sangat.
Pukul 7.30 sampai.
Di arah kan berkumpul dulu.

Briefing interview

Lepastu semua di bawa ke bilik interview.


Sekitar IPG Bangi



Lepas sampai dekat bilik interview, nanti dia akan bagi briefing lagi.
Satu bilik ada 32 orang tapi akan dibahagikan kepada 4 sesi.
  1. Sesi pertama pukul 9 pagi.
  2. Sesi kedua pukul 11 pagi.
  3. Sesi ketiga pukul 2 petang.
  4. Sesi keempat pukul 4 petang.

Sesi interview ni dalam 1 jam setengah lama kot.
Satu sesi 8 orang.
Untuk makluman ini adalah interview berkumpulan.

Aku sesi pertama nasib baik la kan.
Jangan sambil lewa ya tentang salinan sijil ic apa semua.
Bawa yang original sekali.
Ada sorang ni lupa ic dia suruh pergi ambik kat rumah kat pahang ok!

So pukul 9, group interview aku masuk......

Ni susunan tempat duduk.

Masa masuk tu, panel pasang video tentang budak kecik berbilang kaum cakap pasal keamanan Malaysia rukun negara apa semua.
Lepastu panel akan bagi soalan jawap angkat tangan.
Pastu kalau yang lain nak sambung cakap la saya setuju dengan pandangan cik bla bla.
Ingat korang bukan jawap pandang panel kalau tak buat pe dia buat berkumpulan.
Korang kena berbincang sesama ahli kumpulan bayangkan macam forum panel tu macam pengacara je.
Kat sini la segala skil komunikasi bagai pe semua tu korang keluarkan.
Bila bincang macam ni nanti keluar la isu gst, perpaduan kaum, pelan pendidikan.
Thats why kena alert dengan segala maslahat dunia ni haha.
Nak markah lebih kena la menonjol kan.
Jangan cakap je banyak tapi takda isi. 
Cakap tu jangan la bahasa pasar pulak.
Bagi aku sangat mencabar la kan sebab semua ada hujah masing masing.
Dah sejam lebih bercakap maka habis lah... LEGA sangat.



Group interview aku.
Yeay dah habis...


                          
Harap post ini bagi manfaat kat yang nak interview.
Aku berharap sangat sebab ni la satu satu harapan aku,
Ya Allah, permudahkan la perjalanan hamba-Mu ini
Amin.







No comments:

Post a Comment